Hadis Sahih Muslim No. 0332 Jilid 1 Topik adalah Solat 332. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah saw. menyerang (musuh dalam peperangan) apabila terbit fajar, sambil beliau mendengar-dengarkan azan. Jika terdengar azan beliau berhenti, dan jika tidak kedengaran beliau terus menyerang. Maka pada suatu pagi beliau mendengar orang mengucapkan "Allahu Akbar, Allahu Akbar" Lalu Rasulullah menjawab, "'Alal fithrah." Kemudian orang itu membaca, "Asyhadu alla ilaaha illallah." Jawab Rasulullah, "Kharajta minan naar." (Engkau bebas dari neraka). Setelah mereka tengok, ternyata yang azan itu seorang gembala kambing. |