Hadis Sahih Bukhari No. 0331 Jilid 1 Topik adalah Solat 331, Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila tepi matahari telah muncul hendak terbit, maka tundalah solat lebih dahulu sehingga matahari agak tinggi sedikit dari pinggir langit, dan apabila tepi matahari telah mulai hilang di tepi langit maka tundalah solat lebih dahulu sehingga matahari itu terbenam sama sekali." |