Hadis Sahih Bukhari No. 0324 Jilid 1 Topik adalah Solat 324, Dari Anas, katanya; "Nabi saw. menunda solat Isyak hingga seperdua malam, barulah beliau solat. Kemudian beliau bersabda: "Orang-orang lain telah solat dan mereka telah tidur. Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu." |