Hadis Sahih Bukhari No. 0323 Jilid 1 Topik adalah Solat 323, 'Atha' mengabarkan bahawa ia mendengar Ibnu Abbas r.a. bercerita: "Pada suatu malam Rasulullah saw. terlambat melakukan solat Isyak sehingga jemaah (yang menunggu beliau) tertidur, kemudian mereka bangun, tertidur dan bangun pula kembali. Maka berdirilah Umar bin Khaththab, katanya: "solat!" 'Atha' menambahkan bahawa Ibnu Abbas mengatakan, "Maka datanglah Nabi saw. seperti masih kelihatan olehku sekarang air menitik dari kepala beliau dan beliau meletakkan tangannya di atas kepalanya dan bersabda: "Kalau tidak akan memberatkan bagi umat ku, akan ku perintahkan mereka melakukan solat Isyak waktu begini." |