Hadis Sahih Bukhari No. 0322 Jilid 1 Topik adalah Solat 322, Abdullah bin Umar r.a. mengkhabarkan, bahawa pada suatu malam Rasulullah saw. disibukkan oleh suatu urusan dan terlambat solat Isyak sehingga kami tertidur di masjid kemudian bangun, kemudian tertidur kemudian bangun lagi. Sesudah itu Rasulullah saw. datang kepada kami dan beliau bersabda: "Tidak seorang pun penduduk bumi yang menanti-nanti solat selain kamu semua." |