Hadis Sahih Bukhari No. 0321 Jilid 1 Topik adalah Solat 321, Berita dari 'Urwah r.a. mengatakan, bahawa ' Aisyah mengkhabarkan kepadanya, katanya: "Rasulullah saw. menunda solat Isyak pada suatu malam, iaitu sebelum Islam tersiar luas. Maka Nabi belum juga datang ke masjid, sehingga Umar berkata: Kaum wanita dan anak-anak telah tidur. kerana itu Nabi datang ke masjid, lalu bersabda kepada orang-orang di masjid: "Tidak seorang pun penduduk bumi yang menanti-nanti waktu solat Isyak selain kamu semua." |