Hadis Sahih Bukhari No. 0319 Jilid 1 Topik adalah Solat 319, Kata Jabir r.a.: "Nabi saw. solat Zohor di tengah hari, solat 'Asar ketika matahari masih bersinar terang, Maghrib setelah matahari terbenam, dan solat 'Isya berubah-ubah kerana keadaan. Apabila beliau melihat jemaah telah berkumpul untuk solat Isyak, beliau lakukan segera, dan apabila beliau lihat mereka terlambat datang, maka beliau undur pula solat Isyak. Sedangkan solat Subuh mereka atau Nabi saw. melakukannya pada waktu gelap pagi." |