Hadis Sahih Muslim No. 0317 Jilid 1 Topik adalah Haid 317. Dari Syaqiq r.a., katanya: "Aku duduk bersama-sama dengan 'Abdullah dan Abu Musa. Maka berkata Abu Musa, "Hai, Abu 'Abdurrahman! Bagaimana pendapat Anda jika seorang lelaki junub, tetapi dia tidak mendapat air selama sebulan, bagaimana dia solat?" Jawab 'Abdullah, "Dia tidak boleh tayammum, walaupun sebulan lamanya:' Kata Abu Musa, "Nah, bagaimana dengan ayat 'falam tajiduu maa-an fatayammamuu sha'idan thayyibaa' (Al Maidah :6). (lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang bersih..". Jawab 'Abdullah, "Jikalau mereka dibolehkan memakai ayat ini, dikhuatirkan mereka pada musim dingin aku selalu tayammum dengan tanah." Kata Abu Musa, "Apakah Anda belum mendengar cerita 'Ammar?" Katanya begini, "Aku diutus Rasulullah saw. untuk suatu urusan. Dalam perjalanan aku junub, tetapi aku tidak mendapatkan air. Kerana itu aku berguling-guling di tanah seperti haiwan. Kemudian, setelah aku bertemu dengan Nabi saw., kuceritakan kepada beliau peristiwa yang ku alami itu." Sabda beliau, "Sesungguhnya sudah cukup kalau engkau melakukan seperti ini. Lalu beliau memukulkan kedua tapak tangannya ke tanah satu kali, sesudah itu disapukannya tangannya yang kiri ke tangan kanan, ke punggung tangan dan mukanya," Kata 'Abdullah, "Tidak tahukah anda, 'Umar tidak menanggapi (meragukan) cerita 'Ammar itu?" |