Hadis Sahih Muslim No. 0315 Jilid 1 Topik adalah Haid 315. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami bepergian bersama-sama dengan Rasulullah saw. dalam satu perjalanan. Ketika kami sampai di Baida', atau Dzatul Jaisy, kalung ku putus dan hilang. Kerana itu Rasulullah berhenti untuk mencarinya. Begitu pula seluruh rombongan turut berhenti sama-sama dengan beliau. Sedangkan di tempat itu tidak ada air dan mereka tidak pula membawa air. Kerana itu mereka mendatangi (ayah ku) Abu Bakar, lalu kata mereka, "Tidakkah Anda perhatikan 'Aisyah? Kerana tingkahnya Rasulullah dan seluruh rombongan terpaksa berhenti. Padahal di sini tidak ada air dan rombongan tidak pula membawa air." Oleh sebab itu Abu Bakar mendatangi ku, dan saat itu Rasulullah saw. sedang tidur, dengan kepalanya di atas paha ku. Kata Abu Bakar, "Kau hentikan Rasulullah dan seluruh rombongan di tempat yang tiada berair ini. Sedangkan mereka tidak pula membawa air." Selanjutnya Abu Bakar mengata-ngatai ku sepuas hatinya, sehingga ditusuknya rusuk ku dengan tangannya. Aku tak dapat bergerak, kerana Rasulullah tidur di paha ku, dan beliau tertidur sampai Subuh tanpa air. Maka ketika itu Allah menurunkan ayat tayammum (surat Al Maidah, 5:6). Lalu kata Usaid bin Hudhair, "Ini bukanlah berkat yang pertama dari mu, hai keluarga Abu Bakar!" Kata "Aisyah selanjutnya, "Ketika unta kami suruh berdiri, kami dapati kalung ku berada di bawah unta itu." |