Hadis Sahih Bukhari No. 0309 Jilid 1 Topik adalah Solat 309, Dari Sayyar bin Salamah r.a., katanya: "Aku datang bersama ayahku kepada Abu Barzah Al Aslami, lalu ayahku bertanya kepadanya, "Bagaimana caranya Rasulullah saw. melakukan solat fardu?" Jawab Abu Barzah, "Nabi melakukan solat Zohor atau yang anda namakan solat 'Al Uulaa' (solat pertama) ialah ketika matahari tergelincir ke barat. Dan beliau solat Asar, ketika salah seorang kami kembali dari perjalanannya ke ujung kota, sedangkan matahari masih terasa panasnya. Dan aku (kata Sayyar) lupa ucapannya tentang solat Maghrib. Dan Nabi lebih suka mengundurkan solat Isyak yang anda namakan Al 'Atamah, dan beliau tidak menyukai tidur sebelum solat Isyak , dan bercakap-cakap sesudahnya. Dan selesai solat Subuh ketika seseorang telah mengenal orang duduk di samping, sedangkan Nabi membaca dalam solat itu sebanyak 60 sampai 100 ayat." |