Hadis Sahih Bukhari No. 0305 Jilid 1 Topik adalah Solat 305, Berita dari Abu Barzah r.a. mengatakan, bahawa pada suatu kali Nabi saw. solat subuh dan masing-masing kami telah dapat mengenal orang yang duduk di sampingnya. Dalam solat itu Nabi membaca sekitar 60 sampai 100 ayat. Ketika matahari telah gelincir ke barat Nabi solat Zohor, dan kemudian beliau solat Asar pada waktu salah seorang kami pergi ke batas kota kemudian dia kembali sedangkan matahari masih terasa panas. Saya lupa (kata yang menerima berita dari Abu Barzah) keterangan Abu Barzah mengenai solat Maghrib. Sedangkan mengenai Isyak, Nabi membolehkan untuk mengundurkannya hingga sepertiga malam. Kemudian dia berkata pula, hingga seperdua malam." |