Hadis Sahih Bukhari No. 0298 Jilid 1 Topik adalah Solat 298, Berita dari Ibnu Mas'ud r.a. mengatakan, bahawa seorang laki-laki mencium seorang perempuan. Lalu dia datang kepada Nabi saw. menceritakan halnya itu kepada beliau. Maka Allah swt. menurunkan ayat: "Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya , perbuatan yang baik-baik menghapuskan perbuatan yang buruk-buruk." Laki-laki itu bertanya. "Ya, Rasulullah! Apakah ini untuk saya ?" Jawab Nabi saw., "Untuk seluruh umatku!" |