Hadis Sahih Bukhari No. 0297 Jilid 1 Topik adalah Solat 297, Syaqiq r.a. bercerita, katanya: "Aku mendengar Hudzaifah berkata, pada suatu hari ketika kami duduk dekat Umar r.a. Dia berkata, "Siapakah di antara anda semua yang masih ingat sabda Rasulullah saw. tentang fitnah?" Jawab ku, "Aku! Aku masih ingat, tepat sebagaimana yang beliau sabdakan." Kata Umar, "Anda tak sangsi? Betulkah itu?" Jawab ku, "Fitnah (kesalahan) seorang laki-laki dalam keluarganya, hartanya, anaknya dan tetangganya dihapuskan oleh solat, puasa, sedekah dan oleh amar maaruf serta nahi mungkar." Kata Umar, "Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi fitnah yang menggelombang seperti gelombang laut." Jawab Hudzaifah, "Ya, Amirul Mukminin! Anda tidak usah gelisah mengenai hal itu. kerana antara anda dan fitnah itu ada pintu yang terkunci rapat." Kata Umar, "Apakah pintu itu dipecah atau dibuka orang?" Jawab Hudzaifah, "Akan pecah." Kata Umar, "Kalau sudah pecah, tentu tak dapat dikunci lagi untuk selama-lamanya." Kami (Syaqiq dkk.) bertanya kepada Hudzaifah, "Apakah Umar tahu pintu itu?" Jawab Hudzaifah, "Ya,dia tahu sebagaimana dia tahu bahawa malam ini terjadi sebelum besok pagi. Dan aku telah menceritakan kepadanya hadis yang tidak mengandung kesalahan." Kata Syaqiq, "Kami takut akan bertanya lagi kepada Hudzaifah perihal pintu itu, maka kami suruh Masruq bertanya. Jawab Hudzaifah, "Pintu itu ialah Umar sendiri." |