Hadis Sahih Muslim No. 0296 Jilid 1 Topik adalah Haid 296. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. lalu di muka rumah seorang Ansar, maka dipanggilnya orang itu. Orang itu keluar dengan kepalanya basah-basah menetaskan air. Kata Rasulullah saw., "Agaknya kami telah mengganggu anda sehingga anda tergesa-gesa." Jawab orang itu, "Benar, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah saw., "Apabila anda cemas, sehingga anda menyudahi sanggama tanpa keluar mani, anda tidak wajib mandi, tetapi berwuduk." |