Hadis Sahih Bukhari No. 0296 Jilid 1 Topik adalah Solat 296, Berita dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., mengatakan, "bahawa Rasulullah saw. pernah solat, padahal beliau sedang menggendong Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw." Dan berita dari Abu' Ash bin Rabiah bin Abdu Syams mengatakan, "Maka apabila beliau sujud diletakkannya Umamah itu, dan apabila beliau berdiri, didukungnya kembali." |