Hadis Sahih Muslim No. 0295 Jilid 1 Topik adalah Haid 295. Dari 'Abdur Rahman bin Abu Sa'id Al Khudri, dari bapanya, katanya: "Aku pergi bersama-sama Rasulullah saw. pada hari Isnin ke Quba'. Setelah kami sampai ke perkampungan Bani Salim, beliau berhenti di muka rumah 'Itban, lalu beliau berteriak memanggilnya. Kerana itu 'Itban keluar tergesa-gesa sambil mengheret sarungnya. Sabda Rasulullah saw., "Wah, kita telah mengganggu orang sehingga dia jadi tergesa-gesa," Kata 'Itban,' "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat anda, jika seseorang tergesa-gesa menyudahi sanggama dengan isterinya sehingga dia belum keluar mani. Wajibkah dia mandi?" Jawab Rasulullah saw., "Sesungguhnya air dengan air." (wajib mandi apabila keluar mani). |