Hadis Sahih Bukhari No. 0295 Jilid 1 Topik adalah Solat 295, Berita dari 'Aisyah r.a., mengatakan: "Diperkatakan orang di dekatku perkara yang membatalkan solat. Kata mereka, yang membatalkan solat ialah anjing, keldai dari wanita. Maka jawab ku, "Anda samakan kami dengan keldai dan anjing? Demi Allah! Sesungguhnya aku melihat Nabi saw. solat, padahal aku sedang berbaring di atas tempat tidur antara beliau dengan kiblat. Tiba-tiba aku mempunyai suatu keperluan; aku malas duduk kerana aku takut Nabi saw. akan terganggu solatnya. kerana itu aku turun perlahan-lahan ke dekat kaki beliau." |