Hadis Sahih Bukhari No. 0293 Jilid 1 Topik adalah Solat 293, Berita dari Busr bin Said r.a. menceritakan, bahawa pada suatu hari Zaid bin Khalid menyuruhnya pergi kepada Abu Juhaim menanyakan apa yang telah didengarnya dari Rasulullah saw. perihal orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat. Kata Abu Juhaim, "Rasulullah saw. bersabda: Kalau sekiranya orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat mengetahui akan dosanya, nescaya dia akan merasa lebih baik berdiri 40 hari menunggu daripada melalui orang yang sedang solat itu." |