Hadis Sahih Bukhari No. 0292 Jilid 1 Topik adalah Solat 292, Abu Saleh As Samman r.a. bercerita, katanya: "Saya melihat Abu Said Al Khudri solat pada hari Jumaat, dia menghadap sesuatu yang dapat mendindingnya dari orang-orang yang lalu lintas. Kemudian seorang pemuda dari Bani Muaith hendak lalu di hadapan Abu Said, maka ditolakkan oleh Abu Said tentang dada pemuda itu. Setelah meneliti, pemuda itu tidak ada melihat jalan lain kecuali di hadapan Abu Said. Maka pemuda itu mencuba sekali lagi hendak lalu, tetapi Abu Said menolakkannya lebih keras dari yang pertama tadi. kerana itu dia merasa kurang senang terhadap Abu Said, lalu pergi kepada Marwan (Khalifah) mengadukan perlakuan Abu Said terhadapnya. Setelah itu Abu Said datang pula menghadap Marwan menyusul pemuda itu. Kata Marwan, "Apa yang terjadi antaramu dan anak saudara mu, hai, Abu Said?" Jawab Abu Sa'id, "Aku mendengar Nabi saw. bersabda: Apabila seseorang kamu solat menghadap sesuatu yang dapat menutupnya dari orang-orang yang lalu lintas, kemudian ada orang yang hendak lalu di hadapanmu, maka tolakkanlah dia. Tetapi jika dia enggan, lawanlah dia kerana sesungguhnya dia itu syaitan." |