Hadis Sahih Muslim No. 0291 Jilid 1 Topik adalah Haid 291. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Tatkala Kaabah diperbaiki, Rasulullah saw. ikut mengangkat batu bersama-sama dengan 'Abbas. (Ketika itu beliau masih muda belia dan belum jadi Rasul). Kata 'Abbas kepada Nabi saw. "Letakkan sarungmu di tengkukmu untuk alas." Anjuran 'Abbas itu dilakukan oleh beliau. Tetapi beliau terjatuh, sehingga matanya terbelalak ke langit (pengsan). Setelah beliau sedar, beliau segera bangun kembali sambil berkata, "Sarungku! Sarungku!" Lalu dipakainya sarungnya kembali. |