Hadis Sahih Muslim No. 0290 Jilid 1 Topik adalah Haid 290. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bani Israil biasa mandi telanjang (di tempat terbuka), sehingga mereka bebas melihat aurat mereka sesamanya. Tetapi Nabi Musa a.s. mandi memencil seorang diri. Kerana itu mereka berkata, "Musa tidak mahu mandi bersama-sama dengan kita, kerana dia berpenyakit 'Adar' (besar buah zakar). Pada suatu ketika Musa a.s. pergi mandi, lalu diletakkannya pakaiannya di atas batu. Tiba-tiba batu itu hanyut, dan membawa lari pakaian Musa yang terletak di atasnya. Musa berusaha mengejarnya sambil berteriak-teriak, "Bajuku, hai batu! Bajuku, hai batu!" Kerana itu Bani Israil sempat melihat aurat Nabi Musa a.s. Kata mereka, "Demi Allah! Kiranya Musa tidak berpenyakit apa-apa." Kemudian batu itu berhenti, lalu diambilnya bajunya dan dipukulnya batu itu. Tetapi tubuh Musa telah kelihatan jelas bagi mereka. "Kata Abu Hurairah, "Bekas pukulan Musa di batu itu jelas kelihatan enam atau tujuh bekas pukulan." |