Hadis Sahih Bukhari No. 0290 Jilid 1 Topik adalah Solat 290, Berita dan Nafi' r.a. mengatakan, bahawa Abdullah bin Umar ketika masuk ke dalam Kaabah, dia terus berjalan di muka dan meninggalkan pintu Kaabah di belakangnya. Dia berjalan terus, sehingga dinding yang di hadapannya hanya berada lebih kurang tiga hasta darinya. Dia solat di mana Nabi saw. pernah solat, sebagaimana diceritakan Bilal kepadanya. Ibnu Umar mengatakan, "Tidak ada salahnya bagi kita solat di mana saja kita mahu di dalam Kaabah." |