Hadis Sahih Bukhari No. 0289 Jilid 1 Topik adalah Solat 289, Berita dari Abdullah bin Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersama-sama dengan Usamah bin Zaid, Bilal, dan Usman bin Thalhah Alhajjabi, masuk ke dalam Kaabah, kemudian beliau menguncikannya dan tinggal di dalam beberapa lamanya. Saya bertanya kepada Bilal ketika dia keluar, "Apakah yang diperbuat Nabi saw. di dalam?" Jawabnya, "Beliau solat di mana sebuah tiang di kirinya dan sebuah lagi di kanannya dan tiga buah tiang di belakangnya. Sedangkan ketika itu Kaabah mempunyai enam tiang, kemudian beliau solat di situ." |