Hadis Sahih Bukhari No. 0288 Jilid 1 Topik adalah Solat 288, Dari 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Aku mendengar ayahku mengatakan, bahawa Rasulullah saw. solat bersama-sama mereka di tanah lapang; solat zohor dua rakaat dan solat Asar dua rakaat, sedangkan di hadapan Nabi ditancapkan sebuah tongkat. Sementara itu seorang wanita dan seekor keldai lalu di hadapan beliau (di balik tongkat)." |