Hadis Sahih Muslim No. 0287 Jilid 1 Topik adalah Haid 287. Dari Ummu Hani' binti Abu Thalib r.a., katanya: "Pada suatu ketika di tahun penaklukan Mekah, aku datang ke rumah Rasulullah saw. Ketika itu beliau tinggal di pinggir kota Mekah. Ku dapati beliau akan mandi, dan Fatimah (puteri beliau) membuatkan dinding untuk menutupinya. Setelah selesai mandi, beliau mengambil bajunya dan berselimut dengan baju itu. Sesudah itu beliau solat sunat dhuha lapan rakaat." |