Hadis Sahih Bukhari No. 0287 Jilid 1 Topik adalah Solat 287, Berita dari Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. apabila beliau keluar di hari raya, beliau memerintahkan supaya membawa lembing. Kemudian lembing itu diletakkan orang di hadapan beliau dan beliau solat menghadapi lembing itu sedangkan orang banyak mengikuti beliau solat di belakang. Rasulullah saw. melakukannya dalam perjalanan, kerana itu ditiru pula oleh para raja." |