Hadis Sahih Muslim No. 0283 Jilid 1 Topik adalah Haid 283. Dari 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., katanya: "Ummu Habibah binti Jahsy, ipar Rasulullah saw. dan isteri 'Abdur Rahman bin 'Auf, dapat istihadhah sudah tujuh tahun lamanya. Kerana itu dia minta fatwa kepada Rasulullah saw. mengenai hal itu (apakah membatalkan solat atau tidak, dsb)." Sabda Rasulullah saw., "Istihadhah tidak sama dengan haid. Istihadhah itu penyakit. Kerana itu hendaknya anda mandi dan sesudah itu teruslah solat." Kata 'Aisyah, "Dia mencuci kainnya di kamar mandi saudaranya Zainab binti Jahsy, sehingga kelihatan penuh darah." |