Hadis Sahih Muslim No. 0280 Jilid 1 Topik adalah Haid 280. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang wanita bertanya kepada Nabi saw., bagaimana caranya mandi haid." Lalu 'Aisyah menceritakan bagaimana Nabi saw. mengajarkan kepada wanita itu caranya mandi. Kemudian Nabi menyuruh ambil sepotong kain kapas yang diberi harum-haruman dan menyuruh wanita itu bersuci dengan kain itu. Wanita itu bertanya, "Bagaimana caranya aku bersuci dengan kain itu'!" Jawab Nabi saw., "Bersihkan dengannya! Subhanallah!" Sesudah berkata begitu beliau menyingkir. Lalu Sufyan bin 'Uyaynah memberi isyarat kepada kami dengan tangannya ke mukanya. Kemudian wanita itu ku tarik ke dekatku, dan aku mengerti apa yang dimaksud Rasulullah saw. itu. Lalu ku jelaskan kepadanya. Kataku, "Gosokkan kain itu di tempat bekas keluar darah!" |