Hadis Sahih Bukhari No. 0280 Jilid 1 Topik adalah Solat 280, Dari Saib bin Yazid r.a, katanya: "Aku sedang berdiri di masjid, lalu seseorang melempar ku. Setelah ku lihat, ternyata ia Umar bin Khathab. Katanya, "Jemput kedua orang itu dan bawa ke sini!" Maka aku membawa kedua orang itu kepadanya. Umar bertanya, "Siapa anda kedua-nya?" atau katanya, "Dari mana anda keduanya?" Jawab mereka, "Kami penduduk Thaif." Kata Umar, "Sekiranya anda berdua penduduk negeri ini nescaya ku pukul, kerana anda berdua mengeraskan suara di masjid Rasulullah saw." |