Hadis Sahih Muslim No. 0279 Jilid 1 Topik adalah Haid 279. Dari 'Ubaid bin 'Umair r.a., katanya: "Dilaporkan orang kepada 'Aisyah r.a., bahawa 'Abdullah bin 'Umar menyuruh kaum wanita, supaya melepas gulungan rambutnya apabila mereka mandi. Kata 'Aisyah r.a., "Hai, aneh anak si 'Umar itu! Disuruhnya kaum wanita melepas gulungan rambut mereka apabila mandi. Mengapa tidak disuruhnya saja mereka mencukur kepala mereka. Aku peribadi, pernah mandi bersama-sama dengan Rasulullah saw. dari satu bejana. Ketika itu aku menuang kepala ku tidak lebih daripada tiga kali." |