Hadis Sahih Bukhari No. 0279 Jilid 1 Topik adalah Solat 279,Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sakit keras hendak meninggal dunia, beliau keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu beliau duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan menyanjung Allah swt. beliau bersabda, "Tidak ada orang yang paling dekat kepada ku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau bolehlah aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu mesjid ini kecuali pintu Abu Bakar. |