Hadis Sahih Bukhari No. 0275 Jilid 1 Topik adalah Solat 275, Dari Aisyah, r.a. katanya: "Dalam perang Khandaq, lengan Saad (bin Mu'adz) luka. Maka Rasulullah saw. membuat sebuah khemah di masjid untuk memudahkan beliau agar dapat melihatnya dari dekat. Di masjid telah ada khemah lain dari Bani Ghaffar, dan mereka terkejut kerana darah mengalir dari khemah ke khemah Bani Ghaffar. Mereka berteriak, "Hai, penghuni khemah! Apa ini yang mengalir ke khemah kami dan khemah anda?" Ketika itu, luka Saad sangat banyak mengeluarkan darah, sehingga dia meninggal di khemah itu." |