Hadis Sahih Bukhari No. 0270 Jilid 1 Topik adalah Solat 270, Cerita dari Kaab r.a., katanya: "Pada suatu ketika dia menagih hutangnya kepada Ibnu Abu Hadrad di masjid. Kedua-duanya keras suaranya hingga terdengar oleh Rasulullah saw. yang ketika itu sedang berada di rumahnya. Rasulullah saw. keluar mendatangi keduanya hingga tabir bilik beliau jadi terlopong terbuka saja. Beliau memanggil, "Hai, Kaab!" Jawab Kaab, "Saya, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., Kurangilah piutangmu itu sebegini!" (Nabi memberi isyarat seperdua). Jawab Kaab, "Ya, saya kurangi ya, Rasulullah!" Kata Rasulullah kepada Ibnu Abu Hadrad, "Nah! Berdirilah dan bayarlah hutang Anda!" |