Hadis Sahih Muslim No. 0265 Jilid 1 Topik adalah Haid 265. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Maimunah, bibiku, pernah bercerita kepada ku, 'Aku membawakan air untuk Rasulullah saw. untuk keperluan beliau mandi junub. Mula-mula beliau mencuci tangan dua atau tiga kali. Kemudian dimasukkannya tangannya ke dalam bejana, lalu disiramnya kemaluannya dan dicucinya dengan tangan kiri. Sesudah itu diletakkannya tangannya yang kiri itu ke tanah, lalu digosok-gosokkannya agak keras. Kemudian beliau berwuduk seperti wuduk untuk solat. Sesudah itu disiramnya kepalanya dengan air sepenuh tapak tangan tiga kali, dan sesudah itu seluruh tubuhnya. Kemudian beliau beranjak sedikit dari tempatnya, lalu dicucinya kakinya. Sesudah itu aku berikan kepada beliau tuala, tetapi beliau menolak." |