Hadis Sahih Bukhari No. 0265 Jilid 1 Topik adalah Solat 265, Dari Ikrimah r.a., katanya: "Ibnu Abbas berkata kepada ku dan kepada anaknya, Ali, 'Pergilah kamu berdua kepada Abu Said, dan dengarkanlah ceritanya.' Lalu kami berdua pergi kepadanya dan kami dapati dia sedang dalam kebun membersihkan kebun itu. Setelah melihat kami, maka diambilnya cadarnya lalu ia duduk berpangku lutut. Dia mulai bercerita kepada kami, hingga sampai kepada cerita membuat sebuah masjid. Katanya, kami membawa batu satu demi satu, sedangkan 'Ammar membawa dua-dua buah. Ia kelihatan oleh Nabi saw. lalu dibuangkannya tanah yang melekat pada Ammar, sambil beliau berkata: Kasihan 'Ammar! Dia dibunuh oleh orang-orang jahat. Namun Ammar memanggil mereka ke syurga, tetapi mereka memanggil Ammar ke neraka. Kata Ammar, "Aku berlindung dengan Allah dari segala bencana." |