Hadis Sahih Bukhari No. 0261 Jilid 1 Topik adalah Solat 261. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya,Rasulullah saw pernah bersabda: "Aku diberi Allah swt. lima perkara yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorang pun dari Nabi-nabi sebelumku:1. Aku dimenangkan Allah swt. dengan menggentarkan hati musuh-musuhku sejauh sebulan perjalanan (sebelum aku berhadapan dengannya). 2. Bumi dijadikan bagi ku sebagai tempat solat (masjid) dan sebagai alat untuk bersuci (yaitu tayammum); kerana itu di mana saja umat ku mendapatkan waktu solat maka hendaklah ia solat ketika itu juga. 3. Dihalalkan bagi ku harta rampasan perang. 4. Nabi-nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya saja, sedangkan aku diutus untuk manusia seluruhnya, dan 5. Diberikan Allah kepada ku Syafaat (pertolongan dan perlindungan)." |