Hadis Sahih Muslim No. 0260 Jilid 1 Topik adalah Haid 260. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Ummu Sulaim bercerita bahawa dia bertanya kepada Nabi saw. tentang perempuan yang bermimpi ketika tidur seperti lelaki bermimpi, keluar mani. Jawab Rasulullah saw., "Apabila perempuan itu memang keluar mani, maka hendaklah dia mandi." Kata Ummu Sulaim, "Aku sebenarnya malu menanyakan masalah ini kepada beliau. Apakah mani itu memang ada?" Jawab Nabi saw., "Ya, ada! Mani lelaki kental berwarna putih dan mani perempuan agak cair berwarna kekuning-kuningan. Kalau tidak ada, kenapa seorang anak bisa serupa dengan orang tuanya. Siapa yang maninya lebih unggul (dominan), maka anaknya serupa dengan dia." |