Hadis Sahih Muslim No. 0256 Jilid 1 Topik adalah Haid 256. Dari 'Abdullah bin Abu Qais r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat witir Rasulullah saw., lalu dia menjawab dengan menyebutkan hadis mengenai witir." Kemudian aku bertanya pula, "Apakah yang dilakukan Nabi saw. dalam keadaan jinabah (junub); apakah beliau mandi sebelum tidur ataukah tidur lebih dahulu sebelum mandi?" Jawab 'Aisyah r.a., "Kedua-duanya pernah dilakukan Nabi saw. Kadang-kadang beliau mandi lebih dahulu, sesudah itu baru beliau tidur. Kadang-kadang beliau wuduk lebih dahulu, lalu tidur." Kataku, "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala urusan menjadi lapang." |