Hadis Sahih Muslim No. 0250 Jilid 1 Topik adalah Haid 250. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Suatu kebiasaan bagi bangsa Yahudi, apabila wanita-wanita mereka sedang haid, mereka tidak mahu makan bersama-sama, bahkan tidak tinggal serumah. Maka para sahabat bertanya kepada Nabi saw. perihal itu, lalu turun ayat: "Mereka bertanya kepada mu tentang haid. Katakanlah, haid itu kotor. Kerana itu jauhilah wanita-wanita itu selama masa haid (Al Baqarah : 222). Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Kamu boleh melakukan segala-galanya selain sanggama." Berita itu sampai kepada orang Yahudi. Mereka berkata, "Orang ini (Nabi saw.) memang selalu hendak meremehkan dan menentang kita." Mendengar itu maka datanglah Usaid bin Hudhair dan Abbad bin Bisyir kepada Rasulullah saw. lalu kata mereka, "Orang-orang Yahudi mengatakan begini dan begitu. Apakah tidak lebih baik kita sanggama saja dengan wanita haid?" Wajah Rasulullah saw. serta merta berubah, sehingga kami menyangka beliau sangat marah kepada mereka berdua, lalu mereka pergi. Kemudian Nabi saw. menyuruh orang menyusul mereka untuk diberi susu. Dengan begitu mereka tahu bahawa Nabi saw. tidak marah kepada mereka. |