Hadis Sahih Bukhari No. 0247 Jilid 1 Topik adalah Solat 247. Dan Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengadakan pacuan kuda yang telah dilatih antara Hafya' dan Tsaniyatul Wada'. Kuda yang diperlumbakan ialah kuda-kuda yang dilatih dan tidak dilatih, dan latihan diadakan perlumbaan antara Tsaniyah ke Masjid Banu Zuraiq. Dan Abdullah. bin Umar termasuk orang yang ikut dalam pacuan kuda yang tidak dilatih itu." |