Hadis Sahih Bukhari No. 0244 Jilid 1 Topik adalah Solat 244. Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., bahawa pada suatu ketika Nabi saw. melihat dahak di dinding sebelah kiblat. Nabi saw. tidak senang melihatnya sehingga kelihatan pada air muka Nabi. Lalu beliau berdiri dan membuang sendiri dahak itu dengan tangannya, sambil bersabda: "Apabila seseorang kamu sedang solat, sesungguhnya dia sedang berbicara dengan Tuhannya, atau Tuhannya berada antara dia dengan kiblat. Sebab itu janganlah kamu meludah ke arah kiblat, tetapi ke kiri atau ke bawah tapak kakinya." Kemudian Nabi saw. mengambil hujung cadarnya, lalu beliau meludah di situ, kemudian dilipat-lipatnya seraya bersabda, "Atau perbuatlah begini." |