Hadis Sahih Muslim No. 0243 Jilid 1 Topik adalah Haid 243. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Pada suatu ketika sedang aku berbaring bersama Rasulullah saw. dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid. Kerana itu aku menghindarkan diri diam-diam, lalu aku mengenakan kain haidku." Beliau bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Ya, aku haid, ya, Rasulullah." Aku dipanggilnya kembali, lalu tidur-tiduran pula bersama beliau dalam satu selimut. Selanjutnya Maimunah menceritakan, bahawa dia pernah mandi jinabah berdua dengan Nabi saw. dalam satu bak mandi." |