Hadis Sahih Bukhari No. 0242 Jilid 1 Topik adalah Solat 242. Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan, "Nabi saw. solat. Kata Ibrahim , yang meriwayatkan hadis ini. saya tidak tahu, entah solat Nabi lebih atau kurang dari semestinya. Ketika Nabi telah selesai solat, seseorang bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah ada suatu perubahan dalam solat?" Jawab Nabi saw., "Ada apa gerangan?" Kata para sahabat, "Anda solat sebegitu banyaknya." Lalu Nabi bersimpuh menghadap ke kiblat, dan beliau sujud dua kali, sesudah itu memberi salam. Setelah Nabi bertatap muka dengan kami, beliau bersabda: "Sesunguhnya, kalau terjadi suatu perubahan dalam solat ku, nescaya aku beri khabar kepada anda sekalian. Aku ini manusia seperti anda juga. Aku bisa lupa sebagaimana anda juga pernah lupa. Sebab itu, kalau aku lupa maka ingatkanlah kepada ku. Apabila seseorang kamu ragu tentang bilangan rakaat solatnya, ambillah yang sedikit dan cukupkanlah bilangannya. Kemudian memberi salam dan sesudah itu sujud dua kali." |