Hadis Sahih Bukhari No. 0240 Jilid 1 Topik adalah Solat 240. Dari Barrak bin 'Azib r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat menghadap ke Baitul Muqqadis, enam atau tujuh belas bulan lamanya. Sedang beliau ingin solat menghadap ke Kaabah. Maka turunlah ayat: Sesungguhnya Kami tahu engkau menghadapkan mukamu ke langit berulang-ulang, maka setelah itu Nabi saw. solat menghadap ke Kaabah. Tetapi orang-orang bodoh, antara lain orang-orang Yahudi, berkata, "Apakah sebabnya mereka berpaling dari kiblat mereka semula?" Katakan hai Muhammad! "Kepunyaan Allah Timur dan Barat. DitunjukiNya kepada jalan yang lurus siapa-siapa yang dikehendakiNya. " Seseorang laki-laki solat bersama Nabi saw: waktu terjadinya perubahan kiblat itu. Setelah selesai solat dia pergi. Dia melalui sekelompok orang Ansar sedang solat Asar, masih menghadap ke Baitul Muqqadis. Lalu dikatakannya bahawa tadi dia solat bersama Nabi saw. menghadap ke Kaabah. kerana itu mereka merubah arah kiblat mereka dan menghadap ke Kaabah. |