Hadis Sahih Muslim No. 0239 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 239. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. melalui dekat dua buah kubur, lalu beliau bersabda, 'Tahukah kamu bahawa kedua orang yang berada dalam kuburan ini sedang diseksa kerana kesalahannya berat. Yang satu kerjanya tukang fitnah, sehingga menimbulkan permusuhan di mana-mana. Yang satu lagi tidak cebok sesudah kencing." Kata lbnu 'Abbas, "Kemudian Nabi meminta pelepah kurma yang masih basah, lalu dibelahnya dua. Sesudah itu ditancapkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sebelah." Kemudian beliau bersabda. "Semoga seksaan mereka diringankan Allah, selama pelepah kurma itu masih basah." |