Hadis Sahih Bukhari No. 0238 Jilid 1 Topik adalah Solat 238. Dari Saif (bin Sulaiman) r.a., katanya: Saya mendengar Mujahid berkata, Seseorang datang kepada Ibnu Umar dan berkata, "Rasulullah saw. masuk ke dalam Kaabah." Kata Ibnu Umar, "Aku pergi pula ke Kaabah, tetapi ku dapati Rasulullah telah keluar. Tetapi aku mendapati Bilal sedang berdiri di sana antara dua pintu." Saya bertanya kepada Bilal, "Adakah anda melihat Nabi saw. solat di dalam Kaabah?" Jawab Bilal, "Ada! Beliau solat dua rakaat di antara dua tiang yang sebelah kiri kalau anda masuk. Sesudah itu beliau keluar, lalu solat dua rakaat di muka Kaabah." |