Hadis Sahih Bukhari No. 0237 Jilid 1 Topik adalah Solat 237. Dari Umar bin Dinar, katanya: "Kami bertanya kepada Ibnu Umar perihal seorang laki-laki yang tawaf umrah padahal dia belum saai antara Safa dan Marwah, bolehkan dia mencampuri isterinya?" Jawabnya, "Nabi saw. datang, lalu tawaf tujuh kali, kemudian beliau solat di belakang Maqam dua rakaat dan sesudah itu beliau saai antara safa dan marwah. Sesungguhnya Rasulullah itu adalah ikutan yang paling baik untukmu." |