Hadis Sahih Muslim No. 0236 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 236. Dari 'Amar Ibnu Maimun r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang; apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu saja, ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?" Jawabnya, "Aisyah pernah mengabarkan kepada ku, bahawa Rasulullah saw. hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu saja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu." |