Hadis Sahih Muslim No. 0232 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 232. Dari Anas bin Malik r.a., iaitu pakcik Ishak, katanya: "Ketika kami sedang berada di dalam masjid bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang Arab dusun, lalu dia kencing dalam masjid. Maka berkata para sahabat, "Mah, mah!" Sabda Nabi saw., "Jangan kalian ganggu dia. Biarkan!" Kerana itu para sahabat membiarkannya sehingga dia selesai kencing. Kemudian orang itu dipanggil oleh Rasulullah saw. lalu beliau bersabda kepadanya, "Tempat ini adalah masjid. Tidak patut anda kencing di sini atau mencemari tempat ini. Masjid ialah tempat solat, tempat mengingat Allah 'azza wa jalla dari membaca Quran. Sesudah itu Rasulullah saw. menyuruh seseorang mengambil air seember, lalu disiramkannya di atas kencing itu." |