Hadis Sahih Bukhari No. 0228 Jilid 1 Topik adalah Solat 228. Dari 'Aisyah, isteri Nabi saw. katanya: "Saya tidur di hadapan Rasulullah saw, sedangkan kedua kaki ku di tempat kiblatnya. Ketika dia sujud dicubitnya aku, lalu ku tarik kaki ku. Dan apabila dia berdiri ku lunjurkan kaki ku kembali." Berkata 'Aisyah menambahkan, "Ketika itu tak ada lampu dalam rumah." |